Bung Moktar Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 5 DIS 25 — Dunia politik tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian tokoh politik Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia awal pagi ini di sebuah hospital di Kota Kinabalu akibat jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

Seorang rakan karib Allahyarham yang juga bekas rakan seperjuangan dalam UMNO, Isham Jalil mengesahkan berita duka itu dan menyifatkan kehilangan tersebut sebagai “tamparan besar kepada Sabah dan negara”.

“Arwah Bung Moktar adalah seorang pejuang politik dan masyarakat yang kental serta seorang sahabat yang baik. Sebagai ahli Parlimen dan wakil rakyat sekian lama, hidupnya didedikasi untuk berbakti kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Kinabatangan,” katanya.

Pemergian Bung Moktar meninggalkan legasi panjang sebagai seorang pemimpin lantang, berpengaruh, dan komited dalam memperjuangkan isu rakyat Sabah. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share