Tambah Peruntukan Kepada Jakim, kata MP Indera Mahkota

KUALA LUMPUR, 5 MEI 25 – Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan peruntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) ditambah, susulan tarif dikenakan terhadap eksport ke Amerika Syarikat (AS).

Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Jakim harus diberi peluang memainkan peranannya tanpa sekatan berikutan ia badan yang mengeluarkan sijil halal terbaik dunia.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)  tadi umum khusus tambahan untuk Miti (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), memang wajar.

“Tapi dalam rundingan dengan AS ada lima perkara salah satu mungkin ada kaitan dengan salah sebuah agensi…agensi itu keluar produk sangat mustahak, satu dunia cari kita, standards kita emas, persijilan halal,” katanya, ketika sidang Dewan Rakyat khas di Parlimen hari ini.

“Bukankah perlu ditambah juga peruntukan kepada Jakim supaya lebih efisien,” kata Saifuddin lagi. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MP Kecam KPM Sekat Sekolah Bina Kemudahan Guna Dana Sendiri

Menurut Kee Chin, kedua-dua sekolah tersebut telah berjaya mengumpul dana mencukupi melalui majlis makan malam amal untuk membina sebuah dewan auditorium dan bumbung gelanggang bola keranjang masing-masing, namun permohonan mereka akhirnya ditolak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan jabatan pendidikan daerah.
Read More
Total
0
Share