Cadangan Rombak Struktur PN Untuk Beri Hamzah Peranan Lebih Besar

Sumber FMT

Rancangan bagi merombak struktur organisasi Perikatan Nasional (PN) oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini antara lain bertujuan membolehkan Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berperanan lebih luas dalam gabungan pembangkang, lapor FMT.

“Jawatankuasa PN yang disebut Tuan Ibrahim berperanan menguruskan urusan harian gabungan tetapi Bersatu belum memberikan sebarang jawapan terhadap cadangan PAS,” kata sumber.

Hamzah merupakan timbalan presiden Bersatu.

Sumber berkata, cadangan penstrukturan semula itu sudah diserahkan PAS pada Feb lalu namun masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Belum ada sebarang ketetapan lagi tapi terdapat gesaan untuk satu pasukan dibentuk bagi PN menghadapi PRU16,” kata sumber.

Sebelum ini, media melaporkan PN akan melaksanakan rombakan menyeluruh terhadap struktur organisasi gabungan pembangkang itu.

Antara cadangan rombakan termasuk menubuhkan Majlis Presiden dan meminda perlembagaan parti bagi memperkukuh tadbir urus serta kerjasama antara parti komponen.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berhadapan pertuduhan di mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa sebagai perdana menteri berkaitan program Jana Wibawa.

Presiden Bersatu itu turut berhadapan tiga kes mahkamah menerima dana berjumlah RM200 juta daripada aktiviti haram yang didepositkan ke akaun bank partinya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share