Satu Undi Melayu, Satu Langkah Memartabatkan Kedaulatan Bangsa

Oleh : Ghafar Mohamad

Apa yang Tun Dr. Mahathir cakap baru-baru ini bukan sembarangan. Ini suara seorang negarawan yang masih sayang dan ambil berat tentang masa depan orang Melayu.

Tun kata, walaupun Perikatan Nasional (PN) dapat sokongan kuat dari pengundi Melayu dalam PRU15, PN belum cukup kuat nak satukan semua orang Melayu.

Sebenarnya, kenyataan Tun bukan ditujukan kepada PN atau parti-parti Melayu yang lain. Maksud sebenar Tun ialah:

Melayu kena BERSATU, dan undi Melayu yang betul-betul perjuang nasib bangsa. Dulu, UMNO pun parti kecil. Tapi bila orang Melayu semua undi UMNO, UMNO jadi besar dan kuat.

Sebab itu Tun percaya, kalau Melayu undi Melayu, parti itu boleh jadi kuat — bukan sebab nama parti, tapi sebab perjuangannya.

Hari ini, PN bukan lagi parti kecil. PN bawa semangat yang pernah UMNO bawa dulu — perjuangan untuk Bangsa, Agama dan Negara.

Dengan sokongan padu orang Melayu kepada PN, perjuangan bangsa tidak akan terhenti – malah akan terus mara demi KEDAULATAN MELAYU dan masa depan negara.

Tun juga pesan, Melayu kena undi dengan akal dan maruah, bukan ikut-ikut atau taksub.

Undi kita adalah kuasa. Gunakan kuasa itu dengan bijak dan jujur. Undi Melayu yang benar-benar perjuang hak Melayu, bukan sekadar janji kosong.

Tun ingatkan kita tentang zaman dulu, masa lawan Malayan Union. Orang Melayu masa tu miskin, tak berpelajaran, tapi mereka menang sebab mereka BERSATU.

Hari ini kita lebih maju, tapi makin lemah sebab tak bersatu.

Tun sendiri tak akan bertanding PRU akan datang. Tapi beliau tetap konsisten — seru orang Melayu BERSATU, undi dengan bijak, dan pilih calon yang berjuang untuk bangsa.

Kalau kita sayang bangsa kita, ini masanya.

Melayu kena undi Melayu. Bukan kerana perkauman, tapi kerana nak pastikan bangsa kita terus ada suara dan maruah di tanah air sendiri.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Ghafar Mohamad – ProWaris

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Jangan Gadaikan Hak Petani Demi UPOV 1991

Kesilapan telah berlaku dalam rundingan perdagangan terdahulu seperti dalam CPTPP dengan mengikat komitmen Malaysia terhadap UPOV 1991 (ia boleh semak semula). Namun, kesilapan ini tidak patut diulangi dalam rundingan perdagangan dengan EU.
Read More

Rasuah Gugat Pertahanan

Berpuluh-puluh projek berkaitan ATM sama ada tergendala, melebihi kos, diselamatkan (rescue) atau dibatalkan terus akibat salah guna kuasa, rasuah dan campur tangan politik.
Read More

Merdeka 69: Antara Kuasa dan Pemerkasaan

Merdeka bukan tentang siapa paling dominan; merdeka ialah apakah yang kita lakukan apabila kuasa berada di tangan kita. Sudah tiba masanya untuk kita menterjemahkan dominasi politik kepada pemerkasaan ekonomi, menterjemahkan retorik agama kepada keadilan sosial dan menterjemahkan perpaduan bangsa kepada pembinaan manusia yang bermaruah.
Read More
Total
0
Share