Che GuBard Dipanggil Ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 28 Jul 25 – Badrul Hisham Shaharin atau lebih di kenali sebagai Che GuBard akan dipanggil ke Bukit Aman untuk siasatan berhubung penganjuran Himpunan Turun Anwar.

Dalam kenyataan di facebook, beliau berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 %04 Kanun Keseksaan kerana didakwa dengan sengaja mewujudkan pecah belah keamanan. Ia juga termasuk siasatan dibawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Beliau dijangka hadir ke Bukit Aman pada 29 Julai (esok) jam 11 pagi dan sidang media dijangka diadakan selepas itu di hadapan pintu masuk Bukit Aman.

Sabtu lalu, Himpunan Turun Anwar telah diadakan di Dataran Merdeka yang telah menghimpunkan ribuan orang untuk mendesak Anwar meletak jawatan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share