Imuniti Anwar : Peguam Kanan Tolak Pandangan Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 30 Mei 25 – Peguam Haniff Khatri menolak pandangan Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar Peguam Negara (AG) Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar campur tangan dalam permohonan imuniti dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Haniff menegaskan, pandangan Takiyuddin itu menunjukkan bekas menteri undang-undang itu naif dan berbahaya kepada sistem perundangan negara.

“Saya tidak setuju dengan pandangan dan permintaan Takiyuddin untuk AG campur tangan prosiding sivil antara dua individu di mahkamah, tak kira salah seorang individu menyandang jawatan perdana menteri sekalipun sebab sifat tuntutan adalah tuntutan sivil peribadi.

“Saranan Takiyuddin tersebut dengan penuh hormat saya katakan naif dan tidak tepat, lebih bahaya daripada yang Takiyuddin sentuh berkenaan permohonan Anwar,” kata Haniff, dalam kenyataan video yang dimuat naik di laman YouTube miliknya.

Beliau menjelaskan, AG tidak boleh diarah oleh pihak eksekutif seperti Takiyuddin untuk mencampuri urusan tersebut.

“Maksud saya AG tidak boleh diarah campur tangan oleh pihak eksekutif dalam perkara tidak semestinya urusan beliau. Tindakan sivil bukan urusan AG. Walaupun isu dibangkitkan isu ini itu berkenaan sifat individu masa ini tapi itu bukan urusan untuk beliau campur tangan secara terus.

“Ia seolah-olah menzahirkan kepada rakyat mentaliti kalangan pemimpin politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang, eksekutif boleh arahkan penjawat awam buat perkara tak semestinya betul,” tegas Haniff.

Menurutnya, ia merupakan salah satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak eksekutif.

“Bayangkan Takiyuddin dalam eksekutif kerajaan sekarang adakah dia akan buat AG campur dengan secara salah?

“Bukankah itu penyalahgunaan kuasa eksekutif, bukankah itu kita mengadu tentang cara dan gaya kerajaan dahulu campur tangan dalam bidang kuasa mereka untuk campur tangan,” katanya.

Menurutnya, permohonan imuniti Anwar itu perlu diberikan kebebasan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Adakah Takiyuddin cuba cadangkan tanpa AG campur tangan mahkamah, bahaya buat keputusan salah, bukankah mahkamah lebih arif dan juga bertanggungjawab kepada sumpah perjawatan sama untuk buat keputusan berpandukan fakta dan undang-undang tanpa mengira siapa pun individu di depan mahkamah.

“Bukankah sumpah perjawatan itu lebih terpakai kepada hakim berbanding AG?,” kata Haniff.

Tambahnya, cadangan Takiyuddin itu naif, terlampau tidak melihat realiti sebenar.

“Cadangan Takiyuddin bukan sahaja salah, tidak tepat, malah naif, tak dapat nilai peranan AG untuk menyokong permohonan pada asasnya mempunyai beban terlampau tinggi di tangan Anwar…biar peguam Anwar dan Yusuf Rawther berhujah. Biar mahkamah yang mulia buat keputusan tanpa campur tangan,” jelasnya lagi. @politiko.my

@politiko_my

Komuniti Undang-undang dan Politik Pertikai Permohonan Imuniti Anwar Peguam Haniff Khatri berkata, tiada mana-mana sultan mahupun raja  mempunyai kuasa imuniti mutlak, apatah lagi seorang perdana menteri seperti Anwar. Pengerusi Biro Perundangan  Perlembagaan Bersatu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq pula berkata, mahkamah merupakan platform terbaik untuk Anwar membuktikan tuduhan berkenaan tidak benar. Aktivis Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa Anwar menarik balik permohonan imuniti tersebut. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Sri Sanjeevan Ramakrishnan menyuarakan kebimbangan permohonan tersebut turut mencabar prinsip kedaulatan undang-undang. Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada Bersatu, Na’im Brundage berkata permohonan dibuat Anwar itu tidak berasas. #anwaribrahim #yusoffrawther #imuniti

♬ original sound – Politiko.my – Politiko.my
Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share