Che Gubard Persoal Layanan Undang-Undang Dua Darjat ke Atas Aktivis

KUALA LUMPUR | 17 Mav 26 – Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mempersoalkan perlakuan berbeza pihak berkuasa terhadap dua aktivis yang terlibat dalam pembinaan rumah ibadat haram diatas tanah yang diceroboh.

Dalam hantaran di facebook, beliau menegaskan bahawa Zamri Vinoth, yang menyertai himpunan menentang pencerobohan tanah, telah ditangkap dan digari, manakala Arun, yang didakwa menghasut untuk mempertahankan penceroboh tanah, dilayan seperti VIP dan diiringi oleh menteri daripada Democratic Action Party (DAP).

“Kes himpunan lawan penceroboh tanah, Zamri Vinoth di tangkap, digari.

“Tapi Arun yang hasut pertahan penceroboh dilayan VIP dan diiring menteri Democratic Action Party, katanya.

Chegubard menyifatkan situasi ini sebagai “undang-undang dua darjat”, yang menunjukkan ketidaksamarataan dalam penguatkuasaan undang-undang mengikut latar belakang politik atau hubungan dengan pihak berkuasa.

Hari ini, kedua-dua aktivis itu dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan, Zamri Vinoth dan aktivis, Arun Dorasamy, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan hari ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share