Bersatu Dijangka Pecah Jika Hamzah Dipecat, Tekanan Terhadap Muhyiddin Meningkat – Penganalisis

KUALA LUMPUR | 12 Feb 26 – Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin oleh Lembaga Disiplin Bersatu berpotensi mencetuskan perpecahan besar dalam parti, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menurut Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Mazlan Ali.

Hamzah, yang ketika ini berada di luar negara, dan tidak akan menghadiri sesi temubual bagi tatatertib parti. Mazlan menekankan, tindakan pemecatan bukan sekadar isu disiplin, tetapi boleh mengubah landskap politik Bersatu secara drastik.

“Jika Hamzah dipecat, beliau membawa bersama sokongan akar umbi yang sangat kuat. Ini boleh menyebabkan kempen desakan terhadap Tan Sri Muhyiddin untuk meletakkan jawatan bertambah besar, terutama daripada pemimpin-pemimpin yang berpihak kepada Hamzah serta ketua-ketua bahagian di seluruh negara,” katanya.

Selain menimbulkan konflik dalaman, Mazlan turut menekankan implikasi terhadap hubungan Bersatu dengan PAS. Beliau menjelaskan PAS dilihat lebih mesra Hamzah berbanding Muhyiddin, dan pemecatan boleh menimbulkan reaksi negatif daripada rakan dalam Perikatan Nasional.

“Kita dijangka melihat Bersatu berpecah kepada dua kem utama — Kem Muhyiddin dan Kem Hamzah. Situasi ini akan melemahkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16,” tambah beliau.

Analisis Mazlan memberi amaran bahawa langkah lembaga disiplin bukan sekadar ujian tatatertib, tetapi juga ujian kepimpinan dan kestabilan politik dalam gabungan pembangkang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share