Chegu Bard Persoal Kelibat Anak Lelaki PM Terlibat Urusan Proton Dan Kazakhtan

KUALA LUMPUR, 21 Jun 25 – Bersatu mempersoalkan dakwaan kehadiran anak lelaki kepada perdana menteri Muhammad Ihsan Anwar, dalam urusan perjanjian melibatkan Proton dan kerajaan Kazakhtan.

Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin di laman Facebook miliknya mempersoalkan kelibat anak lelaki tunggal Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dalam video pertemuan itu.

“Namun apa yang lebih menarik dalam video yang disiarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Kazakhstan kelibat seperti anak Anwar Ibrahim menjadi delegasi negara.

“Adakah anak Anwar mewakili kerajaan sama ada wakil Pejabat Perdana Menteri Malaysia atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI) atau dia sudah berjawatan tinggi dalam Proton Holdings Berhad ?

“Adakah kelibat itu anak Anwar?,” soalnya.

Sekiranya benar, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard turut mempersoalkan sama ada amalan nepotisme berlaku dalam perkara itu.

“Jika benar ini sudah sangat hebat, kini nepotisma sudah halal dan kini jika benar, anak lelaki Anwar pula mewah menikmati hasil nepotisma.

“Negara makin rosak dia, keluarganya dan kroni terus kaya dan rakyat dicukai terus sengsara,” dakwanya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share