Dana NGO Untuk Politik Kini Jadi Budaya, Kata Mahasiswa PKR

Foto _ Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 13 Jun 25 – Budaya penyaluran dana kerajaan kepada NGO yang dikaitkan dengan parti politik, kata sayap mahasiswa PKR.

Memetik laporan Malaysiakini, ketuanya, Yuveraaj Pillai mendakwa, trend itu semakin berleluasa termasuk dalam kalangan anak muda yang aktif dalam politik apabila mereka menubuhkan NGO bagi memudahkan akses kepada dana daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik.

“Ramai anak muda tak sedar pun apa yang mereka buat itu sebenarnya ada unsur rasuah dan politik wang. Sekarang ini ada trend besar, anak muda tubuh NGO, dan NGO ini akan bergerak bersama ahli politik tertentu. Ada dana yang masuk, dan akhirnya NGO itu digunakan untuk jalankan kerja parti.

“Ini langkah kecil sebelum jadi betul-betul korup. Kita nampak benda ini bagus untuk bantu rakyat, beri bantuan makanan (misalnya). Tetapi realitinya, ia adalah dana kerajaan yang digunakan untuk kepentingan parti politik atau individu tertentu,” katanya dalam forum ‘Siri Rakyat Benci Rasuah 2.0: Pelantikan Azam Baki, wajar atau tidak?’ di Petaling Jaya, baru-baru ini

Dana yang diterima katanya adalah melalui jalan lain seperti peruntukan wakil rakyat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi-agensi kerajaan.

Parti politik tidak akan salurkan duit terus kepada NGO. Biasanya dana ini datang melalui orang politik yang pegang jawatan dalam kerajaan. Mereka akan gerakkan NGO untuk buat kerja-kerja parti secara tidak langsung,” katanya.

Yuveraaj, yang menyertai PKR sejak berusia 18 tahun berkata, berbeza semasa partinya berada dalam pembangkang, mereka tidak mempunyai akses kepada dana dan semua kerja dilakukan atas dasar prinsip.

“Tapi bila dah jadi kerajaan, akan muncul ahli politik yang tanamkan pemikiran bahawa setiap pergerakan mesti ada imbuhan. Lama-lama anak muda dalam politik akan fikir, mereka tak patut buat kerja tanpa dapat pulangan,” katanya.

Dia juga mendakwa, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan kos pengurusan untuk ‘ambil bahagian’ daripada dana yang diperoleh. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share