
KUALA LUMPUR, 7 MEI 25 – Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menyampaikan syarahan di pentas seminar Institut Yusof Ishak (Iseas).
Hamzah dijadual memberikan syarahan pada 22 Mei depan bagi membincangkan visi Perikatan Nasional (PN) bagi masa depan tadbir urus dan tatakelola di Malaysia.
Antara topik yang akan dikupas termasuklah strategi pembangkang itu untuk pilihan raya umum akan datang dan keadaan negara masa kini.
Seminar hibrid itu akan berlangsung pada pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi waktu Singapura.
Peserta yang berminat boleh mendaftar di: https://www.iseas.edu.sg/mec-events/a-birds-eye-view-of-the-malaysian-political-landscape/
Iseas merupakan institusi penyelidikan yang berpangkalan di Singapura dan merupakan sebuah lembaga berkanun yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada tahun 1968.
Institusi itu telah dinamakan semula sebagai Institut Iseas–Yusof Ishak pada Ogos 2015, sebagai penghormatan kepada Presiden pertama Singapura Yusof Ishak. @politiko.my