
KUALA LUMPUR, 14 APR 25 – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pencerobohan tanah yang berlaku di negeri itu.
Baginda dalam laporan sinar harian, bertitah rakyat Pahang harus menjadi mata dan telinga bagi memastikan insiden pencerobohan tanah negeri itu tidak berlaku sewenang-wenangnya.
“Saya pun naik darah juga, banyak orang menceroboh tanah negeri Pahang.
“Sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka yang menceroboh tanah di Pahang ini,” titah baginda, di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut baru-baru ini.
Titah baginda, tindakan tegas perlu diambil terhadap aktiviti berkenaan.
“Jagalah bumi Pahang kita dengan sebaik mungkin. Jangan bagi orang menceroboh tanah-tanah negeri Pahang,” titah baginda. @sumber