Dua Pertiga Kes Ahli Politik Diklasifikasi NFA – Azalina

KUALA LUMPUR, 5 Sep 25 – Sebanyak 41 daripada 60 kertas siasatan jenayah membabitkan ahli politik sejak 2020 hingga Julai 2025 diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA), menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Beliau menjelaskan, walaupun sesuatu kes diklasifikasi NFA, ia tidak bermaksud “ditutup” sepenuhnya kerana tiada had masa untuk kes jenayah, dan siasatan boleh dibuka semula sekiranya terdapat perkembangan baharu.

“Pendakwaan hanya dibuat apabila terdapat bukti mencukupi. AGC berpegang pada integriti, ketelusan, dan kebebasan dalam membuat keputusan,” kata Azalina dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Azalina turut menegaskan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dibuat berdasarkan bukti, fakta dan undang-undang, tanpa campur tangan politik.

Isu pengendalian kes membabitkan ahli politik sering menjadi perhatian awam, dengan sebahagiannya dilihat “digantung” tanpa keputusan jelas. Statistik NFA yang tinggi menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan keberkesanan proses siasatan.

Politiko melihat langkah AGC mengekalkan fleksibiliti membuka semula kes sebagai ruang akauntabiliti, namun ketiadaan penjelasan terperinci bagi setiap klasifikasi NFA berpotensi menimbulkan persepsi pilih kasih. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share