Tolak Kehadiran Trump Buka Ruang Sekatan Ekonomi, Jejas Maslahat Rakyat – Kata Mufti

KUALA LUMPUR , 1 Okt 25 – Emosi dan sentimen tidak boleh menjadi asas dalam isu kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) ke negara ini kerana ia berupaya menjejaskan kepentingan negara dan rakyat untuk jangka masa panjang.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, tindakan menolak secara menyeluruh kehadiran Trump ke Malaysia dianggap bertentangan dengan dua prinsip penting dalam maqasid syariah iaitu hifz al-amn, memelihara keamanan dan maqasid al-‘umran iaitu pembangunan tamadun.

“Tindakan ekstrem atau boikot secara mutlak bukan sahaja boleh mencalar reputasi Malaysia di arena antarabangsa, tetapi juga membuka ruang terhadap sekatan ekonomi, tekanan diplomatik atau pembalasan dasar dari AS yang mungkin berdampak kepada rakyat Malaysia di sana termasuklah kebajikan serta keselamatan para pelajar, pekerja, rakyat Malaysia yang bermastautin dan komuniti dakwah di AS,” katanya menerusi perkongsian Tinta Mufti yang disiarkan di media sosial pada Selasa.

Beliau berkata, Nabi Muhammad saw sendiri pernah menandatangani Perjanjian Hudaibiyah serta mengadakan hubungan perdagangan dengan bukan Islam demi kestabilan politik dan ekonomi.

Ulama terdahulu termasuk Imam al-Mawardi juga katanya membenarkan pemerintah menjalin hubungan dengan pihak bukan Islam sekiranya membawa manfaat nyata kepada rakyat.

“Islam juga amat menitikberatkan adab terhadap tetamu. Jika seseorang pemimpin bukan Islam datang dalam kapasiti rasmi dan aman, maka tuan rumah wajib memberikan layanan yang wajar selagi ia tidak membawa pengiktirafan terhadap dasar yang menindas atau menjejaskan umat Islam,” katanya.

Kedatangan Trump juga tidak seharusnya dilihat sebagai restu terhadap dasar luar Washington, sebaliknya peluang Malaysia menggunakan pentas diplomasi untuk menyatakan pendirian tegas mengenai Palestin.

“Menerima kunjungan beliau dengan syarat, kawalan dan niat diplomatik yang wajar membuka peluang memperkukuh hubungan antarabangsa, menarik pelaburan dan memberi ruang kepada Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap Palestin,” katanya.

Kerajaan juga disaran bersikap seimbang dan matang, dengan tidak mengabaikan solidariti terhadap Palestin.

“Malaysia juga amat konsisten dalam menzahirkan solidariti terhadap Palestin melalui diplomasi antarabangsa, kenyataan kerajaan dan bantuan kemanusiaan.

“Oleh itu, menerima kunjungan Presiden AS bukan bermaksud merestui dasar luar AS, tetapi memanfaatkan platform diplomatik untuk menyampaikan pendirian Malaysia terhadap isu Palestin di hadapan pemimpin dunia,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hamzah Bawa Formula Konsensus Baru, Mahu Tamatkan Politik Perpecahan

Dokumen tersebut juga mengangkat agenda lebih besar apabila menyebut keperluan meletakkan Malaysia sebagai kuasa penentu di pentas dunia melalui pembinaan “new axis of power” pasca konflik Iran. Ini memberi isyarat bahawa Konsensus Nasional Baru bukan hanya agenda domestik, tetapi cuba meletakkan Malaysia dalam kerangka geopolitik baharu dunia Islam dan Asia.
Read More

MINDEF Akur Arahan PM Beku Sementara Perolehan

Seiring dengan pendirian kerajaan memperkukuh integriti, MINDEF turut memaklumkan bahawa kementerian sedang meneliti langkah-langkah penambahbaikan terhadap proses perolehan, seperti yang diumumkan awal minggu ini, bagi memperkukuh tadbir urus dan mengelakkan sebarang ketirisan pada masa hadapan.
Read More
Total
0
Share