Gabungan Longgar Pembangkang Usaha Muhyiddin Kekal Relevan, Isi Kelompongan PN

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 25 – Gabungan longgar parti-parti di luar kerajaan adalah usaha Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pemimpin pembangkang, kata penganalisis.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar juga berkata, gabungan itu turut dibentuk bagi mengisi kelompongan Perikatan Nasional (PN) yang gagal mempamerkan imej multi etnik.

“Dengan pengalaman panjang sebagai mantan perdana menteri dan pemimpin kanan politik, beliau mempunyai kredibiliti untuk memposisikan diri sebagai watak utama dalam mengemudi gabungan longgar ini,” katanya, kepada politiko.my.

Walaupun PAS masih menjadi tulang belakang kekuatan PN, Hisomudin berkata, tindakan Muhyiddin itu boleh dibaca sebagai usaha mengekalkan relevansi beliau serta membina daya tawar yang lebih besar dalam menentukan hala tuju blok pembangkang.

Malah ia juga memberi isyarat Muhyiddin tidak mahu kedudukan politiknya ditenggelami dominasi PAS semata-mata.

Tambah Hisomudin, gabungan longgar yang bersifat multi-etnik itu juga dilihat eksperimen pembangkang untuk cuba menawarkan alternatif yang lebih seimbang, mewakili pelbagai kaum dan kelompok masyarakat.

“Dalam konteks politik Malaysia, langkah ini adalah usaha mengisi kekosongan yang tidak mampu ditampung oleh PN secara bersendirian.

“Saya melihat gabungan longgar ini bukan semata-mata cerminan kegagalan PN, tetapi lebih kepada percubaan untuk memperkukuh barisan pembangkang agar lebih kompetitif dalam mendepani kerajaan,” katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sebuah gabungan longgar terdiri daripada 12 parti pembangkang.

Beliau berkata gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai). @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Belanjawan 2026 Lulus Peringkat Dasar

RUU yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 anggota Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.
Read More
Total
0
Share