GERAKAN Bantah Cara Kerajaan Lulus RUU Perolehan Tergesa-Gesa

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 25 — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) membantah langkah kerajaan yang mahu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan secara tergesa-gesa tanpa ruang perbahasan yang mencukupi.

Ketua Penerangan GERAKAN, Wendy Subramaniam, berkata walaupun undang-undang baharu diperlukan bagi memperkukuh sistem perolehan, kerajaan tidak boleh mempercepatkan tiga bacaan RUU itu dalam masa hanya seminggu.

“GERAKAN membantah keras keputusan kerajaan untuk menjadualkan tiga bacaan RUU Perolehan ini dalam tempoh hanya satu minggu.

Meluluskan RUU sepantas ini hanya menjejaskan prinsip tadbir urus terbuka dan anti-rasuah yang selalu dilaungkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa peruntukan dalam RUU itu, antaranya Seksyen 10(1)(a), Seksyen 13(3), Seksyen 12(8) dan Seksyen 28(2), yang menurutnya memberi kuasa berganda kepada Menteri Kewangan.

“RUU ini meletakkan Menteri bukan sahaja sebagai pengawal selia, malah turut membuat keputusan perolehan. Lebih membimbangkan apabila Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri akan diberi kuasa mutlak dalam hal perolehan kerajaan,” tegas Wendy.

GERAKAN turut mempertikai mengapa kerajaan tidak mendapatkan pandangan pakar bebas seperti Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) sebelum menggubal RUU berkenaan.

Rang Undang Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan di Dewan Rakyat semalam menerusi undian belah bahagian selepas dibahaskan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Biarpun pembangkang menggesa RUU bacaan kali kedua itu ditangguhkan, dengan alasan ia dibentang pada saat akhir sekali gus meminta dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP), ia akhirnya diluluskan selepas 125 Ahli Parlimen menyokong, 63 lagi menolak, seorang tak mengundi sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Apa PN Mahu? Soal Penganalisis

"Bawa wajah yang rakyat mudah hadam, biar mereka faham apa agenda sebenar PN. Agenda pemerkasaan Melayu seperti payung besar. Muafakat nasional antara PAS, Umno, atau Bersatu atau bentuk gabungan mewakili semua kaum.
Read More
Total
0
Share