Hamzah: Belanjawan 2026 Hanya ‘Katalog Indah’, Tiada Penyelesaian Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 – Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, menyifatkan Belanjawan 2026 yang dibentangkan kerajaan sebagai sekadar paparan angka-angka indah tanpa sebarang penyelesaian tuntas terhadap cabaran ekonomi negara, khususnya isu kos sara hidup rakyat.

Menurut beliau, belanjawan itu sepatutnya menjadi lembaran pertama kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), namun kandungannya lebih menyerupai sebuah “katalog” yang dipenuhi janji dan persembahan angka, bukannya pelan tindakan konkrit untuk memperkukuh ekonomi negara.

“Belanjawan 2026 sepatutnya menjadi peluang keemasan untuk kerajaan melakukan ‘reset’ terhadap kerangka ekonomi negara, bukan hanya sekadar cadangan untuk bertahan, tetapi menyediakan landasan kukuh bagi melonjakkan keberhasilan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamzah menegaskan, Perikatan Nasional (PN) tampil bukan sekadar mengkritik, tetapi juga menawarkan kebijakan ekonomi yang berpaksikan prinsip keadilan, kejujuran dan kebertanggungjawaban.

Beliau turut menekankan bahawa pembinaan semula keyakinan rakyat dan pembetulan struktur ekonomi mesti menjadi teras utama belanjawan negara.

“Sebelum kita mahu membina sesuatu yang lebih baik, kita mesti berani membetulkan apa yang pincang; sebelum kita mampu menambahkan hasil, kita mesti menyalakan semula api keyakinan; dan sebelum negara mengecapi kemajuan, kesempitan hidup rakyat mesti dilegakan,” tegas beliau.

Hamzah turut mengingatkan bahawa belanjawan negara tidak boleh sekadar ditulis dengan bahasa manis dan angka persembahan, sebaliknya mesti berpaksikan kejujuran dan keberanian untuk membetulkan kesilapan dasar.

Beliau menegaskan, naratif ekonomi yang dibawa PN dalam perbahasan Belanjawan 2026 ialah “Membetulkan Struktur, Menyemarakkan Ekonomi dan Melegakan Rakyat” — satu pendekatan yang menurutnya lebih realistik dan berjiwa rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi semasa. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tubuh Majlis Presiden Untuk Kukuhkan PN, Kata Sumber PAS

"Kuasa pengerusi PN (terlalu) besar. Lantikan jawatan penting, contohnya Ketua Penerangan, kita tahu Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tak berapa berfungsi. Termasuk juga pelantikan Bendahari, sekarang kosong lagi. Itu semua dilakukan pengerusi PN tanpa berbincang dengan presiden parti komponen.
Read More
Total
0
Share