Istimewanya Azmin Di Mata Muhyiddin, Kata Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 25 Okt 25 — Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Azmin Ali dilihat begitu istimewa oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu secara berseloroh turut mempersoalkan sama ada Azmin menggunakan khidmat bomoh sehingga menjadikannya sebagai anak emas kepada Muhyiddin.

“Istimewa sungguh Azmin ni, saya nak tahu lah bomoh apa dia guna,” kata Wan Saiful dalam rakaman audio podcast PODaBoom bersama pengacara Terence Fernandez dan Datuk Ahiruddin Atan.

“Kalau benar (guna) bomoh, saya nak pergi jumpa juga… akar umbi Bersatu sampai hari ini tak boleh terima hakikat Azmin dapat kedudukan istimewa dalam Bersatu, sehingga Tan Sri sanggup melantik Azmin sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional (PN)…, ” kata Wan Saiful yang dipecat daripada Bersatu.

Katanya, Muhyiddin juga sanggup ketepikan hiraki parti secara keseluruhan, dan hilang begitu ramai pejuang awal dalam parti semata-mata demi pertahankan Azmin.

Turut hadir dalam rakaman itu ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung keahlian selama sepenggal.

Wan Saiful turut mendakwa ketika pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin mencadangkan Azmin sebagai calon timbalan perdana menteri daripada Bersatu.

“…menamakan Azmin Ali (calon timbalan perdana menteri) tu pun Tan Sri (Muhyiddin) tak bawa dalam majlis tertinggi…

“Banyak keputusan-keputusan yang dibuat tak bincang dengan kami dalam majlis tertinggi, tiba-tiba jalan,” katanya.

Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

“PAS ni tak berapa selesa dengan Azmin,” dakwanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share