Jalan Kaki 260km Untuk Lawan ‘Penjilat Muhyiddin’, Kata Chegubard

KUALA LUMPUR, 5 DIS 25 — Ketua Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin bercadang untuk berjalan kaki sejauh 260km dari ibu negara ke Johor Bahru bagi menghadapi perbicaraan berkaitan pertuduhan di bawah Akta Hasutan terhadapnya.

Badrul Hisham yang juga aktivis lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, tindakan itu diambilnya sebagai manifestasi melawan “penjilat” disekeliling Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perjalanan itu katanya akan bermula Sabtu ini memandangkan dia perlu Hadi  ke mahkamah di Johor Bahru pada 11 Dis depan.

“Jalan kaki sejauh 260km ini sebagai manifestasi melawan penghinaan paria-paria bangsat yang keliling yang menjilat Muhyiddin Yassin .

“Sepanjang perjalanan InsyaAllah akan diterangkan kenapa dan mengapa …. Aku lawan demi ABATA (Agama, Bangsa, Tanah Air) tapi bila maruah aku dihina maka aku akan lawan bersungguh sungguh,” tegas Chegubard dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, jadual perjalanan penuh perjalanan itu akan dimaklumkan kemudian.

Pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin turut serta.

” Jadual penuh perjalanan akan diberikan dan semua dijemput bersua temu di beberapa lokasi hentian.

” Saya tidak halang jika ada media atau siapa saya mahu ikuti atau memberi liputan,” katanya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share