Bersatu Dakwa Harga RON95, Bil Elektrik Patut Lebih Murah

KUALA LUMPUR, 23 Jul 25 – Harga petrol RON95 yang dijual dipam sepatutnya lebih murah berikutan trend penurunan harga bahan api itu di dunia, dakwa Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Katanya, sejak 2023 rakyat Malaysia membayar harga tinggi bukan sahaja untuk petrol RON95 tetapi juga bila elektrik.

“Kenapa rakyat Malaysia masih membayar harga RON95 yang tinggi dan bil elektrik yang tinggi sejak tahun 2023 sedangkan harga bahan mentah  minyak mentah, gas asli dan arang batu dunia turun begitu banyak sekali sejak tahun 2022?,” soalnya, dalam kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penurunan harga RON95 dipam kepada RM1.99 sen per liter berbanding RM2.05 seliter sebelum ini, selepas penyasaran subsidi bahan api itu dilaksanakan.

Tun Faisal berkata, berdasarkan pengiraannya, petrol RON95 sepatutnya berharga RM 1.59 bagi setiap liter selepas subsidi RM 0.78 seliter.

Manakala harga bil elektrik sepatutnya turun antara RM1.5 hingga RM0.4 sen/kWh.

“Pengiraan ini dibuat berdasarkan maklumat yang terhad dan harga yang diberikan oleh Trading Economics.

“Jika pengiraan ini betul, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia patut menikmati lebih banyak manfaat daripada penurunan kos bahan api global sejak tahun 2023 lagi.

“Jika subsidi minyak dikekalkan pada kadar sekarang, dan tarif elektrik disemak semula secara proaktif, pengguna domestik akan berdepan penjimatan bulanan yang ketara,” kata Tun Faisal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share