Janji Kedai Kopi? “Tunggu Hamzah Jadi Perdana Menteri”, Kata Bekas Wartawan

KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 – Janji Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukanlah janji kedai kopi sebaliknya realistik, kata bekas wartawan Shahbudin Husin.

Katanya, bantuan RM500 sebulan itu juga tidak bersifat pukul rata untuk semua rakyat, sebaliknya hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Dia begini – nak tahu realistik atau tidak, sembang kedai kopi atau tidak, tunggu bila beliau jadi Perdana Menteri nanti.

“Kalau kita teliti dan bandingkan dengan bantuan Sara sebanyak RM100 dan BTR setahun empat kali yang diberikan kerajaan, apa yang ditawarkan Hamzah adalah jauh lebih baik dan mampu menangani kos sara hidup rakyat.

“Ini kerana bantuan RM500 sebulan yang dinamakan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) itu hanya diberikan kepada mereka yang layak dan memerlukan saja, tidak seperti Sara RM100 yang diberi kepada 22 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan mahakaya, tauke korporat dan menteri-menteri,” katanya, dalam hantaran di media sosial.

Shahbudin berkata, pendekatan yang dilakukan kerajaan ketika ini membuktikan pendekatan yang malas, cincai dan membazir.

Kerana menurutnya, bagi golongan berada dan korporat, RM100 itu tiada makna kepada mereka.

Kerajaan ketika ini menyalurkan bantuan Sara berjumlah RM100 itu pafa 31 Ogos lalu dan sekali lagi pada Februari tahun depan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula diberi setahun empat kali dengan jumlah keseluruhan RM1,200 bagi keluarga B40 yang layak.

“Ini bermakna dengan tawaran Hamzah sebanyak RM500 sebulan atau RM6,000 setahun dan hanya diberi kepada kelompok yang memerlukan, ia jauh lebih memberi makna dan mampu melegakan kehidupan seharian mereka yang menerimanya.

“Yang penting, kerajaan baru nanti harus mengurangkan pembaziran, mengawal perbelanjaan dengan berhemah serta mengurangkan lawatan-lawatan ke luar negara semata-mata untuk berkenal-kenalan sambil mencari potensi pelaburan yang entah dapat direalisasikan atau tidak, ” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share