Rombakan Perlu Untuk PN Jadi Lebih Agresif

KULA LUMPUR, 11 APR 25 – Rombakan terhadap struktur organisasi Perikatan Nasional (PN) adalah satu keperluan bagi memastikan gabungan pembangkang itu bergerak lebih agresif ke hadapan dalam usaha menjadi kerajaan, kata pimpinan akar umbi Bersatu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, antara perubahan yang dikenalpasti perlu dilaksanakan adalah penubuhan majlis presiden PN.

“PN perlu bergerak secara lebih agresif, asertif dan aktif untuk membolehkan PN bergerak sedemikian rupa struktur pengurusan on perlu ditambah baik, seeloknya kita ada majlis presiden, presiden bertemu secara berkala untuk beri arah tuju dan buat dasar besar.

“Kerja seharian perlukan satu pasukan kerap bertemu, buat kerja, merangka tugasan spesifik, contohnya penerangan isu semasa,dasar yang perlu disiapkan, kertas cadangan sebagainya,” katanya kepada politiko.my.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Mohd Yadzil Yaakub mencadangkan rombakan yang bakal dilaksanakan adalah penubuhan jawatankuasa operasi atau eksekutif.

“Jawatankuasa itu perlu untuk jalankan urusan harian. Setiap hari, setiap minggu ada keputusan sesuai dengan keadaan semasa.

“Politik ini dinamik setiap hari ada isu. Perbincangan perlu berlaku supaya PN nampak lebih ke depan,” katanya.

Sementara itu NGO Perkasa merasakan rombakan yang perlu dilaksanakan termasuklah perubahan kepimpinan demi memastikan PN kekal relevan dan kuat.

“Jika ada pertukaran (kepimpinan) dalam PN mungkin kerjasama parti lain boleh berlaku termasuk Umno,” kata Presiden Perkasa Syed Hasan Syed Ali.

“Jika dilihat ada pembaharuan dalam PN pimpinan Umno mungkin boleh terima barisan kepimpinan dan tidak mus

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share