Jumlah “ Himpunan Turun Anwar” : Strong, Formidable, Convincing – Pejuang

KUALA LUMPUR, 28 Jul 25 – Disebalik pertikaian jumlah kehadiran peserta dalam Himpunan Turun Anwar, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid menyifatkan jumlah tersebut sebagai “Strong, formidable, Convincing” (Kuat, Menggerunkan, Meyakinkan).

Rafique dalam kenyataannya di facebook menggunakan analogi secara sinis terhadap kenyataan popular Anwar suatu ketika dahulu semasa membuat sidang media tergempar mendakwa beliau memiliki cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pada September 2020.

Menerusi hantaran tersebut, Rafique berkata bahawa tidak kira dakwaan mengatakan jumlah kehadiran 18 ribu atau 500 ribu, namun yang pasti seluruh dunia telah mendengar dan melihat ribuan rakyat menolak Anwar Ibrahim

“Ramai yang bertekak di media sosial. 18k atau 500k yang hadir? Yang pasti seluruh dunia dengar jelas “…Anwar is a liar…”, “…reforms promised but not delivered..”, “…massive street protests againt Anwar…”.

“Dari Bloomberg ke Al Jazeera ke CNA ke News Nine. Maka bahaslah mengenai berapa yang turun yang pasti Pengerusi ASEAN tempa nama di serata dunia kerana kegagalannya mentadbir negara sendiri. Kataya.

Beliau turut mengulas pelbagai teori yang digunakan untuk mengira jumlah kehadiran, namun bagi beliau, mesej telah sampai.

“Walau apa pun, paling penting mesej adalah jelas dan tuntas. Rakyat telah bersuara. Bukan Melayu sahaja tapi kaum Cina, India dan lain-lain.

“Bukan sahaja secara fizikal di KL tetapi atas talian komen-komen menunjuk rakyat sudah muak pada Madani.

“Yang pasti Anwar adalah punca dan harus turun atau diturunkan. Pelbagai isu yang selama ini dibangkitkan jelas melalui laungan rakyat pada 26.07.2025. Jumlahnya? Strong, formidable, convincing. Ujarnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share