Cadangan Muhyiddin Komponen Guna Logo PN Tanding PRU16 Dahului Kepimpinan, Kata PAS

KUALA LUMPUR, 17 Sep 25 — PAS dilihat tidak senang dengan cadangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua komponen parti menggunakan logo gabungan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan presiden Bersatu itu mendahului keputusan pucuk pimpinan PN.

“Itu kenyataan yang agak mendahului keputusan PN. Sebagai satu gabungan dan rakan kongsi yang sama rata dalam PN, tidak ada sesiapa (lebih) kecil atau besar.

“Kita ada empat komponen. Jadi bagi PAS apa jua keputusan yang perlu dibuat oleh Pengerusi PN ataupun sesiapa, mesti melalui Majlis Tertinggi PN. Sebab itu kita katakan cadangan Muhyiddin agak awal,” katanya kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Muhyiddin sebelum ini dilapor berkata semua parti komponen PN dicadang menggunakan logo gabungan itu, termasuk di Kelantan dan Terengganu yang menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu

“Adalah menjadi hasrat saya (menggunakan logo PN di semua negeri), kerana kita dalam gabungan. Seperti di Kedah dan Perlis, kita menggunakan logo PN (pada PRU15) dan ternyata ia okey.

“Tetapi (ketika itu) PAS mahu terus menggunakan logo mereka di Kelantan dan Terengganu, jadi kami bersetuju,” kata Muhyiddin.

PN terdiri daripada empat komponen, iaitu PAS, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP). @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MP Kecam KPM Sekat Sekolah Bina Kemudahan Guna Dana Sendiri

Menurut Kee Chin, kedua-dua sekolah tersebut telah berjaya mengumpul dana mencukupi melalui majlis makan malam amal untuk membina sebuah dewan auditorium dan bumbung gelanggang bola keranjang masing-masing, namun permohonan mereka akhirnya ditolak oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan jabatan pendidikan daerah.
Read More
Total
0
Share