
KUALA LUMPUR | 9 Jan 26 – Malaysia menyasarkan untuk mendapatkan semula sekitar RM5 bilion lagi dana berkaitan skandal 1MDB, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Beliau memaklumkan bahawa sebahagian besar baki dana itu dikesan berada di luar negara dan melibatkan individu seperti bekas eksekutif PetroSaudi serta akaun yang dikaitkan dengan keluarga Low Taek Jho (Jho Low). Rundingan dengan beberapa negara sedang berjalan bagi tujuan pemulihan aset.
Azam bercakap dalam sebuah podcast Berita Harian berkata, kerajaan telah berjaya menjejak dana 1MDB bernilai kira-kira RM42 bilion, dengan lebih RM31 bilion telah dipulangkan dalam bentuk tunai dan aset.
Azam Baki menjelaskan bahawa proses pemulihan aset ini mengambil masa kerana melibatkan undang-undang dan kerjasama antarabangsa, namun usaha berkenaan masih diteruskan secara agresif.
Pemulihan baki RM5 bilion itu dilihat penting bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan serta menutup sepenuhnya bab kerugian akibat skandal 1MDB. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.