Malaysia Setuju Beli 30 Pesawat Dalam Perjanjian Perdagangan Baharu Dengan AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt 25 — Malaysia dan Amerika Syarikat bersetuju memeterai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (Reciprocal Trade Agreement) yang turut merangkumi komitmen pembelian 30 pesawat buatan Amerika Syarikat dengan pilihan tambahan 30 unit lagi.

Menurut kenyataan rasmi The White House, perjanjian itu menandakan langkah baharu dalam hubungan ekonomi dua hala yang akan membuka akses pasaran lebih luas kepada pengeksport kedua-dua negara.

Selain pembelian pesawat, urus niaga lain yang diumumkan termasuk pembelian semikonduktor dan komponen aeroangkasa bernilai USD150 bilion, serta Gas Asli Cecair (LNG) sebanyak 5 juta tan setahun dianggarkan bernilai USD3.4 bilion.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Malaysia memberi jaminan tidak akan mengenakan sekatan eksport terhadap mineral kritikal dan unsur nadir bumi ke Amerika Syarikat, serta akan mempercepatkan pembangunan sektor tersebut melalui kerjasama syarikat Amerika.

Perjanjian itu akan berkuat kuasa selepas kedua-dua negara menyelesaikan formaliti domestik dalam beberapa minggu akan datang. @politko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share