Muhyiddin Dakwa Kerajaan Pinggir Agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR, 10 Ogios 25 – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan hari ini meminggirkan agenda bumiputera apabila bantuan kerajaan hanya disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Ahli Parlimen Pagoh mendakwa, langkah itu akan mengenepikan dasar bumiputera yang lain yang merupakan penting untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara kita.

“Saya bimbang yang dipertua, agenda bumiputera ini akan dipinggirkan sepenuhnya oleh kerajaan Madani, ini kerana secara konsepnya dan falsafahnya dasar berasaskan keperluan bermakna bantuan kerajaan hanya akan disalurkan kepada kumpulan masyarakat berkeperluan khas seperti golongan berpendapatan rendah, miskin tegar, kumpulan rentan dna masyarakat di pedalaman dan lain lain lagi.

“Jika inilah satu-satunya dasar mengenai pembangunan negara apa akan jadi dengan dasar membangunkan usahawan bumiputera, dasar mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (BCIC), dasar meningkatkan ekuiti bumiputera, dasar meningkatkan pemilikan hartanah bumiputera, dasar melahirkan golongan profesional bumiputera dan dasar lain yang merupakan komponen penting untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara kita,” katanya, ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) baru-baru ini.

Muhyiddin sebaliknya mencadangkan, kedua-dua dasar itu bergerak seiring tanpa meminggirkan salah satunya.

“Apakah selepas ini inisiatif utama memajukan ekonomi bumiputera tidak lagi diberikan perhatian oleh kerajaan kerana ia dikatakan bukan berasaskan keperluan.

“Jika inilah keadaannya RMK13 akan jadi titik hitam dasar pembangunan negara dan kesan buruknya dirasai seluruh kaum bumiputera yang ada hari ini hingga anak cucu kita akan datang.

“Saya cadangkan dasar berasaskan keperluan dilaksanakan bersekali dengan agenda bumiputera sebagai dasar teras negara. Kedua-dua dasar ini hendaklah Co exist satu tidak boleh menggantikan yang lain seperti yang hendak dilaksanakan Tambun,” kata Muhyiddin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share