Semarak Bersatu : Bersatu Kota Melaka Cemas, Gesa Ahli Patuhi Pekeliling Azmin

MELAKA, 27 Okt 25 — Bersatu Bahagian Kota Melaka tampil mengeluarkan kenyataan hari ini bagi menolak perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, Wan Saiful Wan Jan, sekali gus menonjolkan ketegangan dalaman yang semakin jelas dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dalam kenyataannya, Ketua Bahagian Bersatu Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim, menuduh pertemuan itu sebagai “tindakan menyalahi perlembagaan parti” dan mendakwa ia digerakkan oleh individu yang mempunyai “agenda peribadi”.

Perjumpaan yang dikatakan berlangsung di Air Keroh pada 26 September lalu itu dipercayai turut dihadiri beberapa bekas pemimpin bahagian dan ahli MPT yang digantung keahlian, serta beberapa tokoh akar umbi yang masih setia kepada kumpulan reformis dalam Bersatu.

Bersatu Kota Melaka juga memberi amaran kepada ahli-ahli agar tidak menghadiri mana-mana program anjuran individu yang dipecat, sambil mengingatkan bahawa tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melanggar arahan parti.

“Bahagian Kota Melaka mengingatkan semua ahli bahawa pekeliling rasmi Setiausaha Agong Parti

menetapkan dengan jelas larangan terhadap kehadiran atau penyertaan dalam mana-mana program, ceramah atau perjumpaan anjuran individu yang telah digantung atau dipecat keahlian.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beberapa selepas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali mengeluarkan surat arahan agar ahli-ahli parti tidak bertemu pemimpin yang telah dipecat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share