Nepal Turut Buat Aduan ke FIFA Terhadap Malaysia Isu Pemain Warisan

KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 — Persatuan Bolasepak Nepal dilaporkan telah mengemukakan aduan kepada FIFA terhadap Malaysia berhubung status salah seorang pemain warisan dalam perlawanan persahabatan pada 25 Mac lalu, menurut laporan media.

Menurut laporan itu, aduan dari Nepal berkait pemain muda Hector Hevel yang menjaringkan gol dalam kemenangan 2–0 Malaysia ke atas Nepal dianggap “tidak layak” mewakili negara, sekaligus menimbulkan kemungkinan bahawa keputusan perlawanan boleh dibatalkan.

Dalam perlawanan tersebut, Hector Hevel menjaringkan satu gol manakala satu lagi gol Harimau Malaya dijaringkan oleh Corbin Ong. Itu merupakan penampilan pertama Hevel bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Selain Vietnam, Malaysia turut menerima aduan daripada Nepal berhubung isu pemain warisan. Laporan menyebut bahawa Persatuan Bolasepak Nepal membuat aduan kepada FIFA berkenaan Hevel dan dakwaan bahawa beliau tidak memenuhi syarat kelayakan sebagai pemain warisan.

Isu pemain warisan ini timbul selepas FIFA mengenakan penalti terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan iaitu Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal. Mereka didapati melanggar Perkara 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung pemalsuan dokumen. Akibatnya, FAM didenda CHF 350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain dikenakan denda CHF 2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung 12 bulan dalam semua aktiviti berkaitan bola sepak.

FAM telah memfailkan rayuan rasmi terhadap keputusan itu dan menyatakan kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya rayuan di peringkat FIFA ditolak. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Berehat Sementara, Kata Ummah

“Sekiranya seorang perdana menteri mempunyai kekebalan penuh, apa akan jadi jika beliau melakukan kesalahan? Apakah rakyat harus akur bahawa pemimpin negara tidak boleh disentuh undang-undang, sedangkan rakyat biasa tetap dikenakan tindakan?” soal beliau lagi.
Read More
Total
0
Share