Pas Pertahan Etika Berpakaian Sopan Demi Identiti Negara

KUALA LUMPUR, 14 DIS 25 — PAS menegaskan sokongan penuh terhadap usaha mempertahankan etika berpakaian sopan di sektor awam kerana ia selari dengan identiti dan nilai asas masyarakat Malaysia yang berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, etika berpakaian bukan isu partisan, sebaliknya asas pendidikan sosial yang membentuk disiplin rakyat tanpa pengecualian.

Beliau mengkritik tindakan kerajaan yang hanya menilai semula etika berpakaian selepas didesak oleh pihak tertentu, yang disifatkan mencerminkan kelemahan komitmen terhadap norma kesopanan yang telah lama diamalkan.

“Tindakan anggota Polis yang tidak membenarkan seorang wanita memasuki pekarangan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Melaka harus dipuji dan dipertahankan kerana adalah langkah mendidik masyarakat agar menghormati ruang rasmi kerajaan. Katanya.

PAS turut menegaskan kerajaan tidak wajar tunduk kepada desakan pihak yang cuba menghakis nilai ketimuran dan norma masyarakat Malaysia.

Sebaliknya, kerajaan perlu memperkukuh garis panduan etika berpakaian dengan memberi penerangan jelas kepada rakyat, memastikan pelaksanaan yang adil di semua agensi, dan menggalakkan budaya sopan sebagai ciri Malaysia Madani yang sebenar. Ujar Tuan Ibrahim.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Kabinet baru-baru ini mencadangkan supaya beberapa perkhidmatan barisan hadapan, termasuk balai polis dan premis kerajaan tertentu, diberi pengecualian daripada Surat Pekeliling KSN bertarikh 1 Disember 2020.

Ia berikutan susulan daripada isu yang tular membabitkan seorang individu yang tidak dibenarkan memasuki balai polis untuk membuat laporan kerana memakai skirt pendek di atas paras lutut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share