Pengerusi SPAN Sudah Lepas Jawatan Komersial, Kata Kementerian

KUALA LUMPUR, 7 MEI 25 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengesahkan Datuk Abdul Kadir Din, sudah melepaskan jawatan komersial lain sebelum dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kementerian berkata, Abdul Kadir telah meletakkan jawatan ‘beberapa tahun lalu’ sebagai penasihat kepada Ranhilll Holdings Bhd, yang menyediakan perkhidmatan bekalan air dan mengendalikan loji rawatan air dan air sisa.

“Berdasarkan semakan kami, beliau telah mematuhi sepenuhnya dan salinan surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada kementerian,” katanya seperti dilapor  FMT.

Kementerian berkata, antara syarat utama perlantikan calon mesti meletakkan jawatan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan.

Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi SPAN baharu berkuatkuasa 5 Mei, menggantikan bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang telah tamat penggal dua tahun.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya konflik kepentingan dalam tadbir urus sektor air berikutan pelantikan Abdul Kadir. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share