
KUALA LUMPUR, 2 MEI 25 – Syarikat minyak Petronas perlu dipertahankan sebagai aset strategik negara, kata Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, Petronas bukan sekadar menjana hasil tetapi turut membina kepakaran, bakat profesional dan berfungsi sebagai saluran diplomatik Malaysia.
“Pembangkang bersedia untuk menyokong usaha mengukuhkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi memastikan Petronas kekal sebagai teras dan aset strategik pembangunan negara.
“Kepentingan mempertahankan Petronas sebagai aset strategik negara dan akan mempertahankannya ‘hingga ke titisan darah terakhir’,” katanya, dalam wawancara bersama FMT yang disiarkan di media sosialnya.
Sehubungan itu katanya, rasa ketidakpuasan hati negeri seperti Sarawak boleh dikurangkan jika kerajaan Persekutuan lebih proaktif dalam menyelesaikan keperluan asas seperti pembinaan infrastruktur disegerakan dengan efisyen tanpa ketirisan, ini boleh redakan gesaan terhadap desentralisasi fiskal.
Mengakui kebimbangan negeri seperti Sarawak dan Kelantan terhadap hasil minyak, beliau menyarankan penyelesaian yang tidak melemahkan Petronas mesti menang-menang untuk semua pihak.
“Berkenaan royalti minyak Kelantan, cadangan bentuk pampasan lain seperti peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat dan syarikat berkepentingan kerajaan negeri Kelantan, berbanding pembayaran tunai secara langsung. @sumber