Anak-Anak Dr Mahathir Perlu Heret Anwar Ke Mahkamah, Kata Khairuddin

KUALA LUMPUR, 31 Jul 25 – Anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah berikutan tuduhan-tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadap mereka, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Aktivis politik itu berkata, Anwar tidak mempunyai sebarang bukti menyokong tuduhan terhadap kekayaan anak-anak Dr Mahathir tersebut.

“Mereka adalah kalangan yang senantiasa mematuhi serta menghormati undang-undang dalam apa saja kerjaya yang diceburi.

“Sebab itu setelah disiasat oleh SPRM dari tahun 1982 pembabitan kerjaya serta perniagaan mereka telah dibersihkan oleh SPRM.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan SPRM puas hati dengan siasatan tersebut dan tidak mempunyai sebarang bentuk salah laku.

“Apa yang harus dilakukan oleh anak-anak Dr Mahathir adalah mengheret serta saman Anwar ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tuduhan Anwar adalah semata-mata mahu mencalarkan imej keluarga Dr Mahathir.

Malah keluarga Dr Mahathir juga katanya tidak pernah menganiayai Anwar sebaliknya hukuman terhadapnya adalah disebabkan dirinya sendiri.

“PMX berniat jahat untuk mencipta persepsi negatif terhadap keluarga Dr Mahathir atas faktor dendam yang tidak beralasan sebenarnya.

“Tidak pernah Dr Mahathir menganiayai Anwar kecuali PMX yang menganiayai dirinya sendiri.

“Dulu Anwar didakwa atas dasar salahguna kuasa serta kesalahan meliwat,” kata Khairuddin lagi.

Sehubungan itu katanya, keluarga Dr Mahathir perlu mengheret Anwar ke mahkamah bagi menunjukkan kepada rakyat siapa yang benar.

“Berani kerana benar dan anak-anak Dr Mahathir harus ‘londeh’ segala perbuatan jahat Anwar sebagai tatapan keseluruhan rakyat Malaysia melalui perbicaraan dalam kamar mahkamah,” tegasnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share