PETA Beri Amaran Kerajaan Perlis, Tolak Pegawai Gagal Tapisan SPRM

KUALA LUMPUR | 6 Apr 26 – Wakil Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), memberi amaran keras kepada Kerajaan Negeri Perlis dan JPA agar tidak menyambung perkhidmatan seorang pegawai yang dipinjam ke jawatan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) meskipun pegawai tersebut gagal tapisan SPRM.

Menurut Chegubard, pegawai berkenaan masih dipohon sambung perkhidmatan oleh kerajaan negeri walaupun sudah wujud rekod kes siasatan SPRM. Beliau menegaskan, ini menimbulkan persoalan serius tentang integriti, akauntabiliti, dan kelayakan pegawai awam yang memegang jawatan penting.

“Apakah JPA akan membiarkan pegawai ini terus menikmati gaji dan pencen rakyat walaupun ada kes? Adakah pejabat SUK Perlis tidak menjalankan tapisan sewajarnya sebelum memohon sambungan perkhidmatan?” soal Chegubard.

PETA turut meneliti beberapa isu kontroversi pegawai tersebut, termasuk pengurusan parkir berpalang, gerai di Gua Sami, sumbangan wang ratusan ribu ringgit, serta projek dikawal proksi luar Perlis. Selain itu, beberapa aduan kakitangan mengenai penyelewengan, salahguna kuasa, dan penindasan staf turut dikumpulkan.

Chegubard memberi amaran tegas agar nama Istana tidak dikotorkan atau digunakan sebagai alasan untuk mempertahankan pegawai bermasalah ini, menekankan bahawa tiada pihak lebih tinggi boleh membenarkan pegawai yang gagal tapisan SPRM terus berkhidmat.

Beliau mendesak dua tindakan segera iaitu Kerajaan Negeri Perlis membatalkan permohonan sambungan pegawai berkenaan dan mengembalikannya ke JPA dan menggesa JPA mengambil tindakan tegas, bukan sekadar membiarkan pegawai yang gagal tapisan integriti terus menikmati gaji rakyat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share