Pindaan RUU FINAS Lebih Kepada Menghukum, Dakwa Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 4 DIS 2025 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan keberkesanan RUU Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025, dengan menegaskan  pindaan tersebut lebih memberi kuasa menghukum kepada FINAS berbanding membantu pembangunan industri filem.

Beliau berkata peningkatan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM250,000 tidak menyelesaikan isu sebenar seperti budaya menonton yang lemah, peluang pasaran yang mengecil serta jurang kemahiran teknikal dan digital.

Wan Saiful turut membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan membolehkan FINAS menubuhkan anak syarikat, yang menurutnya boleh mewujudkan konflik kepentingan dan persaingan tidak adil dengan pemain industri swasta.

Beliau meminta kerajaan menjelaskan bagaimana pindaan itu selari dengan Pelan Pemerkasaan & Transformasi FINAS 2022–2024 yang menekankan pembangunan ekosistem, peningkatan literasi filem dan pemodenan data industri.

Wan Saiful turut mengesyorkan agar mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa baharu FINAS, tetapkan garis panduan ketat bagi penubuhan anak syarikat, dan pastikan setiap pindaan selari dengan mandat pembangunan FINAS. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share