Mana-mana pemimpin Melayu dari parti DAP yang menyokong perjuangan idealisma ‘Malaysian Dream’ yang sedang digerakkan oleh DAP adalah pengkhianat utama kepada bangsa, negara serta agama Islam.
Apa saja alasan dan justifikasi pemimpin-pemimpin tertinggi DAP ianya tidak boleh diterima sama sekali demi kepentingan masa depan Melayu serta Islam.
Keseluruhan orang-orang Melayu kena tolak apa saja bentuk perjuangan mahupun idealisma parti DAP kerana matlamat utama mereka adalah untuk berpaut pada kuasa politik mutlak di tanahair kita dan seterusnya mempunyai agenda bagi menghancurkan bangsa Melayu, umat serta agama Islam di Malaysia.
Percaturan politik DAP amat halus dan mereka sanggup melakukan apa saja bagi mencapai matlamat ‘Malaysian Dream’ yang bakal membuatkan bangsa Melayu akan merempat di negara sendiri sepertimana apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Singapura.
Kini, pemimpin-pemimpin DAP sanggup bertudung dengan berbaju kebaya atau berbaju kurung, pro aktif menjalinkan hubungan baik mereka dengan pentadbir masjid-masjid, bercakap mengenai hukum-hakam Islam, menderma van-van jenazah, menaikkan elaun-elaun petugas-petugas masjid serta berbagai gerak-kerja lain ke arah memenangi hati nurani umat Islam.
Malahan, pemimpin-pemimpin DAP sudah berani bersuara dan menyanggah kenyataan DYMM Raja-Raja Melayu sepertimana YB ADUN Sri Kembangan yang mempertikaikan titah DYMM Sultan Selangor untuk mendapatkan hak sama-rata antara kaum khususnya dalam isu penternakan babi di negeri Selangor.
Sudah sampai masanya untuk Majlis Raja-Raja Melayu mengkaji agenda perjuangan DAP dan memainkan peranan bagi melindungi hak serta kepentingan orang-orang Melayu di negara kita.
Majlis Raja-Raja Melayu mesti tunjuk peranan mereka untuk melindungi hak serta kepentingan Melayu mahupun Islam jika mahu kekal relevan.
Realitinya juga, Raja-Raja Melayu ujud atas kekuatan bangsa Melayu itu sendiri.
Jika bangsa Melayu lemah dan terpinggir di bumi sendiri kemungkinannya sistem Raja-Raja Melayu juga tidak akan ujud lagi di tanah Melayu ini.
Kami pernah bersama dengan DAP untuk dua puluh dua bulan dalam kerajaan PH1.0 dahulu dan amat mengetahui agenda jahat DAP yang tersirat di sebalik lakonan-lakonan politik keterbukaan mereka kononnya ke arah untuk membenamkan Melayu serta Islam di negara ini.
Hanya orang-orang Melayu yang bodoh dan bangang saja yang akan mempercayai segala lakonan DAP masakini.
Sebab itu pada hari ini samada pada PRN ataupun PRU16 keseluruhan orang-orang Melayu harus haramkan berikan walaupun satu undi kepada UMNO.
Memberi satu undi kepada UMNO membawa erti kita akan turut bersubahat untuk memperkasakan kedudukan DAP bagi membanteras orang-orang Melayu itu sendiri.
Tidak kira samada UMNO bertanding ‘solo’ dalam PRN Melaka dan Johor serta PRU16 yang akan datang; kita tidak boleh memangkah untuk mengundi UMNO yang juga sedang berlakon sepertimana parti DAP.
UMNO bertanding ‘solo’ ataupun tidak hakikatnya mereka masih tetap bergabung dengan PH yang dikuasai oleh DAP.
Bangsa Melayu jangan izinkan mereka diperbodohkan lagi oleh UMNO dan PMX jika tidak mahu merempat di tanahair sendiri.
Berpegang lah pada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan bangsa Melayu bersatu-padu secara mantap dan kekal abadi merentasi ideologi parti-parti politik.
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu juga harus memberi perhatian tegas mengenai masa depan anak bangsa agar Melayu mahupun Islam akan terus kekal relevan hingga akhir zaman.
Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.