PN Akan Jana Pendapatan REE Negeri SG4 Bila Memerintah – Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 25 – Perikatan Nasional (PN) akan memastikan sumber nadir bumi di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang akan berupaya menjana hasil daripada kekayaan nadir bumi apabila berjaya mentadbir kerajaan selepas PRU16 akan datang.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ketika ini, tiada sistem perundangan yang membolehkan nadir bumi dieksport atau diproses ke luar negara.

“Kami nak berada dalam kerajaan, lepas itu kami akan cari jalan jana pendapatan (daripada nadir bumi)…buat apa kami perjudikan kekayaan orang Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dekat kerajaan Madani.

“Kerajaan ini tak peduli pun royalti minyak kepada kami. Apa jaminan kami buat duit dan boleh jadi untung orang Terengganu, Kedah (dinafikan hak),” katanya, kepada politiko.my.

Jelasnya, PN akan berusaha mencari jalan dengan negara yang mempunyai kepakaran memproses nadir bumi untuk dilakukan di dalam negara.

“Tak lama pun sebelum PRU. Kita akan menang dan selepas itu kita runding dengan negara berkenaan untuk bangunkan proses itu di sini. AS boleh, China boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kononnya Amerika Syarikat (AS) telah meminta akses eksklusif kepada produk nadir bumi dari Malaysia.

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa kebanyakan hasil nadir bumi berada di Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis yang berada di bawah penguasaan PN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, dengan tiada langsung permintaan daripada AS semasa rundingan tarif dijalankan.

Katanya, tiada perjanjian Malaysia perlu membekalkan nadir bumi secara eksklusif kepada AS atau mana-mana negara lain termasuk negara jiran atau China.

Tengku Zafrul berkata, AS cuma meminta agar Malaysia tidak menyekat eksport nadir bumi atau REE ke negara itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share