Belanjawan 2026 : STR Kesinambungan BR1M, Jadi Modal Politik, Kata Rafizi

KUALA LUMPUR, 11 Okt 25 — Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menempelak langkah kerajaan memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dalam Belanjawan 2026 sebagai kesinambungan program BR1M era Najib, sambil mendakwa ia dijadikan alat politik populis.

Menurut Rafizi, setiap kerajaan memang akan mempertahankan inisiatif kebajikan, tetapi “modal politik” ini harus ditambah baik dan tidak dijadikan alat megah semata-mata.

“Ini tak boleh jadi modal politik dah, ia sama — setiap kerajaan akan mempertahankannya (program kebajikan). Isunya ialah kerajaan mana yang berjaya menambah baik (inisiatif bantuan tersebut),” katanya dalam program audio Yang Berhenti Menteri baru-baru ini.

Beliau turut membidas cadangan supaya bantuan awal persekolahan diserahkan melalui guru dan bukannya akaun penerima, dimana langkah yang menurut beliau bukan kemajuan, malah menambah beban kerja guru.

“Bagi cikgu… tugas cikgu ialah mengajar. Lepas ini jadi ‘pegawai kebajikan’ pula,” katanya sinis.

Rafizi turut menegaskan bahawa jika STR dan Sara benar-benar diinstitusikan secara sah, maka perubahan kerajaan tidak boleh mengganggu kesinambungan agihan bantuan kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan Madani “jauh dari gaya lama rakyat perlu beratur ambil bantuan.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Belanjawan 2026 Lulus Peringkat Dasar

RUU yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 anggota Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.
Read More
Total
0
Share