PN Dakwa Perjanjian Dagang AS-Malaysia Jejas Kedaulatan Ekonomi, Desak Menteri Komunikasi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 27 Okt 25 — Perikatan Nasional (PN) menyuarakan kebimbangan serius terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat yang ditandatangani sempena Sidang Kemuncak ASEAN, dengan mendakwa ia berisiko menjejaskan kedaulatan ekonomi dan dasar luar negara.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang juga Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Antarabangsa PN, berkata perjanjian tersebut disifatkan berat sebelah walaupun dilabel sebagai ‘timbal balik’.

“Walaupun diumumkan sebagai perjanjian timbal balik, hakikatnya ia menguntungkan Amerika Syarikat apabila tarif 19 peratus terhadap barangan Malaysia dikekalkan dengan hanya sedikit pengecualian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa syarat pematuhan terhadap sekatan perdagangan dan duti tambahan ke atas negara ketiga seperti China, Rusia dan Iran — atas alasan “penjajaran ekonomi dan keselamatan negara” — akan mengekang kebebasan Malaysia dalam menentukan dasar ekonomi serta diplomasi luar secara berkecuali.

“Akhirnya Malaysia akan terikat dengan blok Barat dan hilang keupayaan menentukan halatuju ekonomi serta hubungan antarabangsa sendiri,” ujarnya.

PN mendakwa, tanpa penelitian dan ketelusan yang menyeluruh, perjanjian ini boleh membuka ruang eksploitasi oleh kuasa asing dan meningkatkan ketergantungan ekonomi yang tidak seimbang.

Dalam masa sama, gabungan itu turut mengkritik kecuaian protokol semasa Sidang Kemuncak ASEAN apabila nama beberapa ketua kerajaan ASEAN tersilap disebut semasa majlis rasmi.

“Kesilapan menyebut nama pemimpin negara-negara ASEAN adalah kesilapan besar yang memalukan negara di pentas antarabangsa. Ia menunjukkan tahap ketidakcekapan yang tidak boleh diterima,” katanya.

Susulan itu, PN menuntut agar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bertanggungjawab dan meletakkan jawatan segera, kerana insiden tersebut berada di bawah bidang kuasa kementerian beliau.

“Kecuaian komunikasi dan protokol dalam acara antarabangsa menunjukkan kegagalan kepimpinan kementerian memastikan imej negara terpelihara,” tambahnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Avocado Anwar, Quinoa Najib’

"Bukan salmon dan avokado sahaja seperti yang Menteri Kewangan sebut. Malaysia import daging, cili, halia, kubis, mangga, kelapa, dan banyak lagi. Pisang emas, rambutan, mangga pun kenacukai," kata Amira
Read More
Total
0
Share