
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 25 — Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma di semua plaza Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) bermula jam 6 pagi esok sehingga 30 September.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan pembukaan EKVE Seksyen Satu di Plaza Tol Ampang. Laluan sepanjang 24 kilometer itu mempunyai empat persimpangan bertingkat di Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Hulu Langat dan Ampang.
“Atas semangat kemerdekaan ini, saya umumkan tol percuma selama 30 hari bermula esok,” katanya memetik laporan Bernama.
Dalam ucapannya, Anwar turut menggesa supaya pembinaan Seksyen Dua EKVE dipercepat kerana kesesakan trafik di Lembah Klang sudah berada pada “tahap maksimum.”
Hadir sama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.