
KUALA LUMPUR, 16 Okt 25 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 29 November dipilih sebagai tarikh hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, manakala penamaan calon ditetapkan pada 15 November. Tarikh pengundian awal pula adalah pada 25 November.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, menyatakan bahawa seramai 1,784,843 pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRN kali ini.
Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk membuka laluan kepada pelaksanaan PRN ke-17.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, tetapi hanya 73 kerusi akan dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini; enam lagi adalah kerusi untuk ADUN yang dilantik. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.