
KUALA LUMPUR, 1 DIS 25 — Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 menunjukkan bahawa pengundi Sabah jelas menolak parti-parti nasional dan memberikan sokongan padu kepada parti tempatan, menurut penganalisis politik Datuk Kadir Jasin.
Beliau menekankan bahawa trend ini menonjolkan sentimen “Sabah for Sabahans” yang semakin ketara, dengan pengundi percaya kepada kemampuan sendiri dan identiti tempatan berbanding pengaruh kepemimpinan pusat.
“Jelas daripada keputusan semalam yang majoriti pengundi Sabah berasatu hati menyokong parti-parti negeri dan menolak parti-parti nasional,” kata Kadir di laman facebook beliau, semalam.
“Jelas daripada keputusan semalam yang majoriti pengundi Sabah berasatu hati menyokong part-parti negeri dan menolak parti-parti nasional.
“Mereka seolah-olah tidak peduli sama ada calon yang mereka pilih itu korup atau bersih asalkan mereka mewakili parti-parti tempatan. Kata Kadir
Keputusan PRN menunjukkan PH, PN, dan BN mencatat prestasi teruk. PH bertanding 22 kerusi tetapi menang hanya 1, PN bertanding 42 kerusi menang 1 (sumbangan PAS) manakala BN bertanding 45 kerusi menang 6. Prestasi ini juga mencerminkan keraguan pengundi terhadap kepemimpinan tokoh pusat seperti Anwar Ibrahim, Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi.
Selain itu, pengundi Cina yang sebelum ini setia kepada DAP turut berpaling tadah, menolak parti itu meskipun ia menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat.
Nampaknya sentimen “Sabah for Sabahans” (Sabah untuk Rakyat Sabah) ada benarnya. Perasaan kedaerahan (parochialism) di Borneo nampak semakin ketara. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.