LD Sasar Hamzah: Pemimpin Bersatu Cabar Wan Saiful Tunjuk Bukti

KUALA LUMPUR, 1 NOV 25 — Ketua Bahagian BERSATU Tangga Batu, Ramlan Meon, mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, supaya membuktikan dakwaannya bahawa Lembaga Disiplin parti menyasarkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ramlan menyifatkan kenyataan Wan Saiful dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sebagai tuduhan berat yang boleh merosakkan imej dan perpaduan parti sekiranya tidak disertakan bukti sahih.

“Dakwaan sebegini mestilah disokong oleh bukti, bukan sekadar kenyataan kosong. Jika benar dia disoal mengenai Datuk Seri Hamzah, sila bawa bukti untuk menyokong apa yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ramlan, tuduhan tanpa asas hanya akan mengelirukan ahli dan menghakis kepercayaan terhadap kepimpinan sedia ada.

“Parti tidak boleh terus dibakar oleh emosi dan tuduhan liar. Jika mahu berbeza pendapat, gunakan saluran yang betul dan buktikan dengan fakta, bukan spekulasi,” tegas beliau.

Kenyataan itu dilihat sebagai reaksi langsung terhadap siri kenyataan terbuka yang dibuat oleh beberapa bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, termasuk Wan Saiful, selepas pemecatan mereka baru-baru ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share