
KUALA LUMPUR, 1 Ogos 25 – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) satu lagi retorik politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepertimana Manifesto Harapan yang lalu.
Dalam satu kenyataan, Tun Faisal berkata kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang menyifatkan RMK13 sebagai manifesto pilihan raya, sebagai mengukuhkan persepsi ia sekadar menjadi retorik politik.
“Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hassan Karim yang membayangkan dokumen RMK13 ibarat Manifesto Pilihan Raya menguatkan persepsi bahawa ia boleh menjadi sekadar retorik politik.
“Rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana Anwar menunaikan janji-janji pilihan raya serta Manifesto Harapan — khususnya janji-janji berkaitan reformasi. Katanya ketika mengulas kenyataan Hassan Karim tersebut.
Tambah beliau, samada RMK13 ada atau tidak, Anwar perlu meletakkan jawatan kerana terbukti beliau gagal menunaikan janji-janji reformasi.
“Ada atau tiada dokumen RMK13, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap perlu turun dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Himpunan “Turun Anwar” dianjurkan kerana Anwar menjadi punca utama kepada pelbagai masalah negara.
Menurutnya, antara kegagalan tersebut adalah, gagal menunaikan janji-janji pilihan raya, termasuk janji reformasi, gagal mengurus ekonomi dan kewangan negara, sehingga hutang negara melonjak melebihi RM1.3 trilion, melepasi had siling 65% KDNK,
“Gagal membendung kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat,
“Melaksanakan dasar-dasar yang menekan rakyat, termasuk menaikkan tarif elektrik ketika harga bahan api global (minyak mentah, gas asli, arang batu) sedang menurun, sedangkan negara jiran seperti Singapura menurunkan tarif,
“Menarik subsidi rakyat secara besar-besaran,
Katanya lagi, semua ini menyebabkan krisis keyakinan terhadap institusi kerajaan, terutamanya Institusi perundangan dan kehakiman.
Semalam, Perdana Menteri membentangkan RMK13 di dewan rakyat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.