PN Akan Laksana 1 Pelan Komprehensif Pendidikan Jika Menang Putrajaya

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 25 – Perikatan Nasional (PN) merangka akan melaksanakan satu pelan pendidikan yang menyeluruh bagi mewujudkan kesatuan fikiran sekiranya pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pelan berkenaan bukan hanya tertumpu kepada semata-mata satu kementerian tetapi melibatkan kedua-dua Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Bagi memastikan wujudnya wahdatul fikr (kesatuan pemikiran) dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian; supaya ia tertib, licin dan tidak terganggu; bukan hanya untuk KPT dan KPM, malah untuk seluruh ekosistem pendidikan.

“Maka, apabila PN berada di Putrajaya, kita akan mempunyai hanya satu pelan tindakan, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Negara yang komprehensif,” katanya, dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Pengerusi portfolio pendidikan PN itu menjelaskan, pelan itu akan mengandungi pengertian ilmu bersepadu dan penghayatan budaya ilmu selain keseimbangan akademik dan kokurikulum .

Bekas menteri pengajian tinggi itu berkata, pelan pembangunan pendidikan negara yang komprehensif harus berteraskan contoh Nabi Muhammad melalui kecemerlangan ilmu yang mempunyai roh Islam.

“Pokoknya, PN sedang membangun sistem pendidikan manhaj (Kaedah) Malaysia.

“Ia mengandungi kecemerlangan dengan roh, Islamisasi ilmu dan integrasi ilmu, masalah ‘tubuh mengembang tetapi semangat mengecut’; ‘decolonisation’, dan  ‘dewesternisation’,” katanya.

Pelan itu turut menerapkan kepentingan teknologi digital disamping penguasaan 3M (membaca, menulis, mengira) kaedah baharu dan penilaian prestasi pendidikan negara dalam ranking dunia.

Katanya lagi, kepentingan pendidikan bagi penghakupayaan, pekerjaan dan pendapatan bermaruah turut diberi perhatian melalui pelaksanaan dan penambahbaikan falsafah dan dasar pendidikan kebangsaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Inflasi Meningkat Ogos 25 – DOSM

Kadar inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025, apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) naik kepada 134.9 berbanding 133.2 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).
Read More
Total
0
Share