Struktur Parti Reformasi Tidak Kukuh, Dakwa Kadir Jasin

KUALA LUMPUR, 12 MEI 25 – Struktur parti berteraskan reformasi selalunya tidak kukuh kerana idea perjuangan yang kabur, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, sifat parti reformasi yang mudah “meruap” juga lahir pada zaman gelora dan perubahan besar dengan barisan penyokong yang pelbagai.

“Reformasi yang mereka perjuangkan pula mungkin tidak disukai oleh pihak-pihak berkepentingan dalam tampuk kuasa. Ini boleh menyebabkan perjuangan mereka tidak stabil.

“Akhir sekali, banyak parti reformasi tidak mempunyai struktur organisasi yang kukuh.

“Salah satu sebabnya adalah mereka terlalu bergantung kepada watak tertentu dan idea perjuangan yang kabur,” katanya, dalam satu kenyataan di laman sosialnya.

Kadir berkata, PKR dilihat berjaya sebagai pembangkang namun apabila menjadi kerajaan, ia tidak dapat menterjemahkan idea kepada tindakan seperti yang diharapkan oleh penyokong dan orang ramai.

Keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sedang berlangsung sekarang juga katanya boleh dilihat sebagai petunjuk haluan masa depan parti itu.

“Yang mana lebih menonjol, penerusan idealisme reformasi atau pengukuhan legasi keluarga ketika parti itu sedang diuji oleh kuasa?”. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share