Pilih Pemimpin Lepas Melayu Bersatu Bawah Payung Besar, Kata Tun M

KUALA LUMPUR, 24 Jun 25 – Pemimpin hanya akan dipilih selepas semua orang Melayu bersatu di bawah payung besar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, matlamat utama adalah untuk menyatukan orang Melayu terlebih dahulu sebelum memilih ketuanya.

“Payung besar tidak ada ketua. Kita hanya ada payung. Kita minta semua orang berada dalam payung.

“Lepas itu kita pilih siapa nak pimpin. Itu akan ditentukan kemudian. Kita nak semua orang Melayu bersatu di bawah satu payung,” kata Dr Mahathir, dalam sidang media di ibu negara.

Tambahnya, mana-mana orang Melayu yang enggan berada dalam kumpulan itu dianggap sebagai musuh mereka.

“Dia jadi musuh (Melayu yang enggan sertai payung besar)…bila ada PRU kita lawan dia.

“Kalau ada 50 parti kita lawan sama-sama kitalah bukan lawan DAP. Melayu lawan Melayu. Cincang habis semua…tak boleh jadi kerajaan lah,” kata Dr Mahathir. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share