Takiyuddin Setiausaha Agong Baharu PN

KUALA LUMPUR | 14 Mac 26 — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pelantikan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung baharu Perikatan Nasional (PN) dalam senarai pegawai parti yang diumumkan hari ini.

Berdasarkan lampiran senarai pegawai PN, jawatan Timbalan Setiausaha Agung pula diisi oleh tiga wakil parti komponen iaitu Azmin Ali dari BERSATU, Wong Chia Zhen dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia serta Sivakumar Krishnan dari Malaysian Indian People’s Party (MIPP).

Sementara itu Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi bersama beberapa lagi pemimpin termasuk Presiden Gerakan, Dominic Lau; Presiden Malaysian Indian People’s Party, Punithan Paramsiven serta Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan PN manakala bekas Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin diberi tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya.

Jawatan Bendahari Agung pula dipegang oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Bagi sayap parti, Nolee Ashilin Mohammed Radzi dilantik sebagai Ketua Wanita PN manakala Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai Ketua Pemuda.

Pelantikan barisan pegawai baharu ini dilihat sebagai langkah penyusunan semula kepimpinan gabungan itu dalam memperkukuh organisasi parti menjelang perkembangan politik semasa negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share