Mahathir Jawab Cabaran, Nasihat Zafrul Baca Betul-betul Klausa

KUALA LUMPUR, 28 NOV 25 — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab cabaran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, dengan mengemukakan beberapa klausa daripada Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika Syarikat yang didakwanya “menghapuskan hak istimewa Bumiputera”.

Terdahulu, Zafrul mencabar Mahathir menunjukkan bukti bahawa perjanjian berkenaan memberikan syarikat Amerika Syarikat “status Bumiputera”.

Mahathir dalam video di laman youtube berkata, terdapat peruntukan dalam perjanjian itu yang mewajibkan Malaysia menghapuskan keutamaan bukan komersial termasuk keutamaan Bumiputera dalam pemberian kontrak dan urusan perolehan tertentu.

Beliau memetik klausa yang menyatakan:

“Malaysia shall ensure that its state-owned or controlled enterprises operating in the market when engaging in commercial activity act in accordance with commercial considerations in their purchase or sale of goods.”

Menurut Mahathir, syarat itu bermakna syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak lagi boleh mengambil kira dasar keutamaan Bumiputera dalam urusan komersial.

“Ini jelas menghapuskan hak Bumiputera. Kita diberitahu semuanya mesti berdasarkan pertimbangan komersial. Sudah tidak ada keutamaan Bumiputera,” katanya.

Mahathir turut memetik peruntukan lain yang melarang Malaysia; “by commercial consideration if there is no right to promote it. Second, refrain from discriminating against US goods from providing non-commercial assistance or otherwise subsidizing its goods producing SOEs except for the achievement of their public service obligations. Malaysia shall ensure a level playing field for US companies in the Malaysian market with respect to SOEs of third countries.”

Beliau berhujah bahawa peruntukan ini menghadkan kemampuan kerajaan memberi sokongan atau subsidi kepada GLC, kecuali untuk fungsi perkhidmatan awam, sesuatu yang menurutnya boleh menjejaskan dasar pembangunan Bumiputera.

Katanya lagi, larangan diskriminasi terhadap produk atau perkhidmatan AS membawa implikasi bahawa Malaysia tidak lagi boleh mengenakan syarat keutamaan Bumiputera dalam projek komersial yang melibatkan firma Amerika.

“Apabila kita tidak boleh mengenakan syarat Bumiputera kepada syarikat Amerika, ini bermakna mereka menikmati hak yang lebih tinggi daripada Bumiputera sendiri.

“Inilah bukti yang jelas. Saya harap Zafrul baca betul-betul dan faham bagaimana klausa ini memberi AS hak yang sama atau lebih daripada Bumiputera. Kata Mahathir.

Beliau juga menegaskan bahawa kewajipan untuk mematuhi pertimbangan komersial sepenuhnya “menafikan dasar ekonomi baru dan segala kelebihan yang diberikan kepada Bumiputera selama ini.”

Kerajaan sebelum ini berulang kali menafikan dakwaan bahawa ART menjejaskan hak Bumiputera, dengan mengatakan garis merah nasional kekal terpelihara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share