Tangkap 3 Anak Muda, Tanda Negara Makin Keras? – Wan Saiful Pertikai Langkah Kerajaan

KUALA LUMPUR | 13 Apr 26 – Penahanan tiga anak muda yang didakwa mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kini mencetuskan gelombang baharu apabila pembangkang melihatnya sebagai petanda Malaysia dilihat sedang bergerak ke arah pendekatan yang semakin keras terhadap suara rakyat.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan tindakan menahan individu terbabit sebagai keterlaluan, malah membayangkan ia mengukuhkan persepsi bahawa ruang kebebasan bersuara semakin sempit.

Menurut beliau, meskipun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan daripada tahanan reman, tindakan awal pihak berkuasa sudah cukup untuk menimbulkan kebimbangan serius tentang bagaimana undang-undang digunakan terhadap aktivisme awam.

“Adakah kerajaan sengaja mahu mewujudkan ketakutan dalam kalangan rakyat untuk menyekat protes dan kritikan?” soalnya, dalam satu kenyataan.

Menurutnya, insiden tersebut bukan sekadar isu penguatkuasaan biasa, sebaliknya mencerminkan pendekatan yang dilihat cenderung menghukum berbanding mendidik. Beliau menegaskan bahawa tindakan seperti itu memberi isyarat berbahaya kepada generasi muda — bahawa bersuara boleh membawa risiko ditahan.

“Penahanan anak-anak muda itu amat tidak wajar dan keterlaluan, kerana mereka boleh saja ditegur tanpa penahanan. Katanya.

Beliau menuntut jaminan bahawa tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan, sambil menggesa kerajaan memberi komitmen jelas untuk melindungi hak bersuara dan hak berhimpun secara aman.

Dalam masa sama, Wan Saiful turut mengaitkan insiden itu dengan isu yang lebih besar keperluan ketelusan dalam siasatan melibatkan Azam Baki. Katanya, kerajaan perlu mendedahkan hasil siasatan sekurang-kurangnya kepada Parlimen, memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.

ucapan di majlis wacana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini diganggu dengan kekecohan dipercayai dilakukan tiga lelaki.

Baru-baru ini, tiga lelaki direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan mengganggu ucapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam satu forum pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam sambil memegang sepanduk. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share